Tuesday, June 9, 2009

SEGMEN BISIK-BISIK PENDAPAT

MELAYU TONGGAK KE ARAH 1MALAYSIA

Konsep 1MALAYSIA adalah cetusan idea PM Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak dan orang Melayu merupakan golongan majoriti di Malaysia selain kaum Cina dan India.Namun begitu,pendapatan per kapita kaum Melayu adalah yang lebih rendah daripada kaum Cina dan India.

Dalam senario landskap politik Malaysia kebelakangan ini didapati kedengaran pelbagai desakan dan tuntutan yang keterlaluan daripada golongan bukan Melayu yang menangguk dari Konsep 1Malaysia ini dengan cuba memperjuangkan ungkapan "HAK SAMA RATA" yang cuba diurai dalam konsep tersebut terutamanya melibatkan kepentingan dan keistimewaaan KAUM MELAYU dalam bidang pendidikan dan ekonomi yang cuba dibandingkan isu bangsa bukan Melayu.

Definasi "HAK SAMA RATA" ini cuba diterjemahkan oleh segelintir golongan tertentu yang berkepentingan politik SEBAGAI HAK YANG ADIL UNTUK SEMUA KAUM DI MALAYSIA.

Dalam kontek negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk,HAK SAMA RATA dalam Konsep 1MALAYSIA tidak semestinya ditafsir sebagai HAK YANG BENAR-BENAR ADIL UNTUK SEMUA KAUM kerana Tanah Malaysia mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Realiti di Malaysia memerlukan semua kaum berpijak di bumi nyata berpaksikan sejarah MALAYSIA dan tidak perlulah mana-mana individu menyentuh sama sekali perkara berkaitan dengan sensitiviti dan keistimewaan orang melayu ,golongan majoriti di MALAYSIA ini.

Dalam konteks kedudukan orang Melayu,pada masa ini pun kaum Melayu masih jauh terbelakang dari sudut ekonomi dan pendidikan berbanding kaum bukan melayu. Jika HAK YANG ADIL BERMAKSUD MELETAKKAN SESUATU PERKARA PADA KEDUDUKAN YANG SEPATUTNYA , maka adalah WAJAR kaum Melayu dibantu pada kedudukan yang sepatutnya dari sudut ekonomi dan pendidikan tanpa meminggirkan serta menafikan hak-hak ang adil untuk kaum bukan melayu.

INI PERLU DISOKONG oleh kaum bukan melayu kerana mereka tidak boleh menafikan bahawa kestabilan politik dan ekonomi Malaysia sebenarnya banyak didukung dan disumbang oleh ORANG MELAYU.Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal kerajaan untuk membantu kaum melayu walaupun masih gagal memperolehi 30peratus ekuiti,tempiasnya juga banyak memberi kebaikan dan rahmat kepada orang bukan melayu.faktanya 10 orang terkaya di Malaysia ,hanya satu(1) sahaja ORANG MELAYU.

Kaum Melayu perlu maju dan berada pada kedudukan yang lebih kukuh dalam 2 bidang ini bagi menrealisasi konsep 1MALAYSIA yang digagaskan oleh PM Malaysia ini dengan agenda dan perancangan yang lebih tersusun dan realistik.Semua pemimpin melayu tidak kira apa pun fahaman politik seharusnya bersatu hati,bekerjasama dan bersama-sama dalam merangka agenda kaum melayu.

JIKA ORANG MELAYU BERSATU HATI BERSATU PADU ,ORANG BUKAN MELAYU AKAN MENCONTOHI.KONSEP IMALAYSIA WAJIB DIGARAP BAGI MENYATUPADUKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA TIDAK KIRA BANGSA DALAM MENJAYAKAN IMALAYSIA DAN INI DIMULAI OLEH ORANG MELAYU.KESTABILAN DAN KEMAKMURAN MALAYSIA BANYAK BERGANTUNG PADA KEKUATAN BANGSA MELAYU.


-pendapat ini menyokong dan mengetengahkan pendapat Rohami Shafie,Pensyarah UUM Utusan Malaysia 8.6.09.SYABAS.