Thursday, October 15, 2009

UMNO - 4 RUKUN KESATUAN ( BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH )

SALAM SEJAHTERA SALAM 1MALAYSIA UNTUK SEMUA,

Hari ini , 15 OKTOBER 2009 Saya terpanggil untuk mengucapkan Tahniah di atas kepimpinan Presiden UMNO -DATO SERI NAJIB ,yang juga Perdana Menteri Malaysia Yang ke-6 kerana KEBERANIAN nya untuk melakukan transformasi dalam UMNO dan pindaan dalam perlembagaan UMNO dalam tahun pertama kepimpinan beliau sebagai nakhoda kapal yang mengemudi Parti UMNO,parti keramat kaum Melayu yang juga parti yang menerajui kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional,Kerajaan Negara Malaysia.

Perubahan dan transformasi pemimpin dan ahli umno perlu dilakukan segera sesuai dengan kehendak politik semasa di Malaysia.Parti UMNO boleh menerima hakikat bahawa lanskap politik negara serta nilai dan budaya masyarakat Melayu sudah berubah, malah pemikiran baru berhubung demokrasi perlu digarap bagi merangkumi KONSEP PENGHAKUPAYAAN , POLITIK PENYERTAAN DAN TADBIR URUS NEGARA YANG BAIK. Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin adalah pembantu yang terbaik kepada seorang Nakhoda kapal yang hebat, Dato Seri Najib dalam mengemudi Parti Keramat Orang Melayu. Beliau menggariskan 4 rukun dalam usaha menrealisasikan transformasi UMNO untuk dihayati ahli parti ke arah menjadikan Parti UMNO lebih kental,kukuh,segar dan terus relevan dengan keadaan semasa bagi mewakili Kaum Melayu, Bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Empat rukun itu ialah 1) KESATUAN MINDA 2) KESATUAN HATI 3) KESATUAN AMAL dan 4) KESATUAN MATLAMAT.Penjelasannya ialah dengan terbinanya kesatuan minda, Parti UMNO akan mempunyai visi perjuangan parti yang jelas,manakala kesatuan hati membolehkan ahli-ahli Parti UMNO menjiwai erti perjuangan parti UMNO. Kesatuan Amal pula menjadikan semua ahli parti bergerak dan bertindak atas SATU LANDASAN dan SATU PASUKAN, manakala Kesatuan Matlamat membolehkan Pemimpin dan Ahli-ahli UMNO mencapai tujuan perjuangan parti demi agama Islam ,bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan terpahat dalam sejarah politik Malaysia sebagai Perhimpunan Transformasi di mana perubahan akan berlaku bukan hanya dalam peraturan dan undang-undang dalam Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) tetapi juga akan melibatkan perubahan dalam kompas politik UMNO.Dalam menggalas perubahan ini ia melibatkan transformasi sikap semua pemimpin UMNO dan juga ahli-ahli UMNO secara keseluruhannya, ia menuntut pemimpin UMNO untuk meningkatkan prestasi kepimpinan yang terbaik untuk memenangi hati ahli-ahli UMNO dan rakyat amnya manakala ia memberi cabaran kepada Ahli-ahli UMNO dalam hak memilih kepimpinan UMNO.

" Tidak Akan Melayu Hilang Di Dunia, maka begitu juga Parti UMNO, Tidak Akan UMNO Hilang Di Dunia "

Semoga semangat Pemimpin dan Ahli-ahli UMNO dulu kini dan selamanya akan tetap membara menuju ke puncak kegemilangan dalam perjuangan parti demi Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia yang dicintai................ Amin.!