Tuesday, April 20, 2010

BILA DUGAAN DATANG MENGUSIK KEHIDUPAN....!

Dalam mengharungi kehidupan ini,manusia sentiasa di duga dengan pelbagai perihal hidup dalam segala segi - kesihatan,pendapatan@kewangan,kecantikan,kemiskinan,kemewahan,pendidikan,rumahtangga,anak cucu suami isteri saudara mara,kaum dan bangsa dan macam-macam lagi la....hampir habis air dilautan jika nak diperinci.

Seseorang insan itu pertamanya mesti redha dan  akur dengan ketentuan tuhan dengan dugaan yang diberi.Jangan gelabah atau mengambil langkah tanpa menggunakan akal fikiran,hanya menurut nafsu dan kata hati,jangan sekali.Apa yang perlu dilakukan ialah tarik nafas panjang dan berfikir macam mana untuk menghadapinya,jika diri tidak mampu mencari penyelesaian-jangan pendam masalah,minta tolong@ minta pandangan pihak luar yang boleh membantu....ini namanya,pakai talian hayat tetapi komunikasi permasalahan itu haruslah jujur dan terbuka untuk mendapat penyelesaian terbaik.SABAR DAN BERUSAHA....adalah kuncinya dalam mengharungi dugaan tersebut.Kata orang putih " TIME WILL HEAL ".Percayalah.....!

JIWA YANG TENANG DATANG DARI HATI YANG SUCI DAN BERSIH,CANTIK DI HATI

Wanita dan kecantikan................!
" Ada pandangan yang mengatakan kecantikan seorang wanita itu bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk badan yang ia tampilkan atau bagaimana dia menyisir rambutnya yang dikatakan mahkota perempuan tetapi kecantikan seseorang wanita itu harus dilihat dari raut wajah matanya kerana di situlah hatinya terserlah,di situlah juga tempat di mana cintanya ada."

Saturday, April 17, 2010

DEKATILAH ILMU.........

Dalam dunia ni,banyak ilmu yang boleh kita pelajari tetapi carilah ilmu yang boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain boleh mendapat manfaat hasil dari ilmu yang kita ada dalam diri untuk kebaikan bersama.

Orang Islam diwajibkan menuntut ilmu terutamanya ilmu agama. Setiap manusia dikatakan belum bahagia,kaya,hebat,popular dan pelbagai gelaran darjat jika belum mendapat kurniaan ilmu dan kefahaman agama dalam dirinya.Kalaupun mereka telah memiliki segala semuanya itu,boleh menjadi senjata yang memakan diri.Harta yang dimiliki kadang-kadang mendatangkan kerunsingan bukan kelazatan,takhta yang diduduki sentiasa menghantui, ada sesetengahnya miliki anak , isteri@suami yang bukan menjadi penyedap mata dan  penenang jiwa bahkan merosakkan dirinya kerana kurangnya ilmu yang ada dalam hati,tiada cahaya dan rahmat petunjuk dari Allah untuk menghadapi kehidupan dengan masalah yang pelbagai sebagai dugaan dari tuhan.

Rasullullah SAW mengingatkan kita tentang nikmat yang paling mahal bagi setiap insan mengalahkan nikmat kemewahan , kelazatan hidangan mahupun kepuasan nafsu seperti sabdanya yang bermaksud :" Barangsiapa yang Allah mengkehendaki suatu kebaikan pada dirinya,maka Dia memberi kefahaman dalam agamanya" (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ketenangan jiwa dan kebahgiaan hati itu adalah pemberian Allah kepada hambanya yang sentiasa berzikir dan mengingatinya.Bahagia boleh dibeli dengan duit tetapi duit tidak mampu dan cukup untuk membeli ketenangan dan ketenteraman jiwa manusia.

Dekatilah ilmu terutamanya ilmu agama dan orang yang berilmu dengan berusaha untuk mendapatkan ilmu tersebut.Untuk memperbaiki diri,setiap insan mesti berusaha carilah ilmu untuk mengenal penciptanya,memahami petunjuk dari tuhan,mengkaji perintah dan suruhannya dan mencari rahmat dan kasih sayang Maha Pencipta untuk kedamaian yang hakiki........