Saturday, April 17, 2010

DEKATILAH ILMU.........

Dalam dunia ni,banyak ilmu yang boleh kita pelajari tetapi carilah ilmu yang boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain boleh mendapat manfaat hasil dari ilmu yang kita ada dalam diri untuk kebaikan bersama.

Orang Islam diwajibkan menuntut ilmu terutamanya ilmu agama. Setiap manusia dikatakan belum bahagia,kaya,hebat,popular dan pelbagai gelaran darjat jika belum mendapat kurniaan ilmu dan kefahaman agama dalam dirinya.Kalaupun mereka telah memiliki segala semuanya itu,boleh menjadi senjata yang memakan diri.Harta yang dimiliki kadang-kadang mendatangkan kerunsingan bukan kelazatan,takhta yang diduduki sentiasa menghantui, ada sesetengahnya miliki anak , isteri@suami yang bukan menjadi penyedap mata dan  penenang jiwa bahkan merosakkan dirinya kerana kurangnya ilmu yang ada dalam hati,tiada cahaya dan rahmat petunjuk dari Allah untuk menghadapi kehidupan dengan masalah yang pelbagai sebagai dugaan dari tuhan.

Rasullullah SAW mengingatkan kita tentang nikmat yang paling mahal bagi setiap insan mengalahkan nikmat kemewahan , kelazatan hidangan mahupun kepuasan nafsu seperti sabdanya yang bermaksud :" Barangsiapa yang Allah mengkehendaki suatu kebaikan pada dirinya,maka Dia memberi kefahaman dalam agamanya" (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ketenangan jiwa dan kebahgiaan hati itu adalah pemberian Allah kepada hambanya yang sentiasa berzikir dan mengingatinya.Bahagia boleh dibeli dengan duit tetapi duit tidak mampu dan cukup untuk membeli ketenangan dan ketenteraman jiwa manusia.

Dekatilah ilmu terutamanya ilmu agama dan orang yang berilmu dengan berusaha untuk mendapatkan ilmu tersebut.Untuk memperbaiki diri,setiap insan mesti berusaha carilah ilmu untuk mengenal penciptanya,memahami petunjuk dari tuhan,mengkaji perintah dan suruhannya dan mencari rahmat dan kasih sayang Maha Pencipta untuk kedamaian yang hakiki........

No comments: