Wednesday, January 20, 2010

RAKYAT MALAYSIA - PENILAI YANG BIJAK

Mutakhir ini, kita rakyat Malaysia disajikan dengan macam-macam scenario politik yang berlaku dalam parti-parti politik di Malaysia- Parti Komponen Barisan Nasional (Parti UMNO , MCA, MIC dan lain-lain ) dan juga Parti Pakatan Pembangkang ( Parti PKR,PAS dan DAP).

Parti Komponen Barisan Nasional yang menjadi Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Dato Seri Najib dilihat berusaha dengan gigih untuk membina negara Malaysia yang bersatu padu dan cemerlang menurut konsep/gagasan 1Malaysia yang telah gariskan dalam pentadbiran beliau.Ini dapat dilihat oleh rakyat Malaysia sendiri dengan pelbagai inisiatif dan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam mentadbir negara dengan meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan. Sebagai manusia kita merancang,tuhan yang menentukan kejayaannya.Begitu juga kepada usaha-usaha yang akan dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia ini.

Usaha ini seharusnya di sambut baik oleh semua rakyat Malaysia, kerana dalam masyarakat madani pada zaman ini kita dapati ada rakyat yang sudah awal-awal lagi memperlekehkan apa-apa langkah dan sistem yang baik yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan ini kepada rakyat majmuk yang ada di Malaysia ini.Kita mesti menerima hakikat ini bahawa bukan semua kerajaan dalam sesebuah negara dapat memberi yang terbaik untuk kesejahteraan rakyatnya ditambah pula rakyatnya majmuk terdiri dari kalangan pelbagai kaum. Kerajaan Malaysia ini adalah satu contoh daripada Seribu Negara Dalam Dunia ini yang mampu mentadbir negara dimana rakyatnya dapat hidup bersatu padu, aman damai, saling faham memahami perbezaan budaya ,agama dan cara hidup dalam satu negara dan kemajuan negara berkembang dan meningkat mengikut peredaran zaman. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak kita mestilah menilai dengan bijak " Performance " Kerajaan Malaysia ini, berilah kredit dan kepercayaan serta sokongan kepada semua perkara yang baik yang ingin diberi oleh kerajaan Persekutuan ini kepada rakyat Malaysia.

Hakikat yang mesti diterima rakyat bahawa negara Malaysia mengamalkan Kerajaan berDemokrasi,maka ada Pakatan Parti Pembangkang yang terdiri dari Parti PKR/PAS dan DAP.Performance parti-parti ini boleh juga dinilai oleh rakyat Malaysia yang bijak kerana setiap Parti-parti Pembangkang ini mempunyai kuasa pemerintahan di 4 Negeri/Wilayah di negara Malaysia berdasarkan keputusan Pilihanraya yang lepas tahun 2008. Parti PAS menguasai pemerintahan di 2 Negeri iaitu Negeri Kedah dan Kelantan, manakala Parti DAP menguasai pemerintahan di Negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan dan Parti PKR menguasai Negeri Selangor.Rekod pentadbiran Negeri oleh Parti-parti ini boleh dinilai kerana sudah 2 tahun mentadbir negeri ,jika kita mulakan dari tarikh peralihan pentadbiran selepas Pilihanraya Umum Malaysia pada 8 Mac 2008.

Untuk tujuan ini, kita rakyat Malaysia kena sabar sedikit untuk menungggu masa dan ketika bagi melaksanakan tugasan RASMI sebagai penilai kepada semua Parti-parti yang ada di MALAYSIA ini.....kita tunggu dan lihat,boleh meramal tapi jadilah rakyat Malaysia yang Bijak apabila sampai masanya nanti!