Wednesday, January 20, 2010

RAKYAT MALAYSIA - PENILAI YANG BIJAK

Mutakhir ini, kita rakyat Malaysia disajikan dengan macam-macam scenario politik yang berlaku dalam parti-parti politik di Malaysia- Parti Komponen Barisan Nasional (Parti UMNO , MCA, MIC dan lain-lain ) dan juga Parti Pakatan Pembangkang ( Parti PKR,PAS dan DAP).

Parti Komponen Barisan Nasional yang menjadi Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Dato Seri Najib dilihat berusaha dengan gigih untuk membina negara Malaysia yang bersatu padu dan cemerlang menurut konsep/gagasan 1Malaysia yang telah gariskan dalam pentadbiran beliau.Ini dapat dilihat oleh rakyat Malaysia sendiri dengan pelbagai inisiatif dan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam mentadbir negara dengan meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan. Sebagai manusia kita merancang,tuhan yang menentukan kejayaannya.Begitu juga kepada usaha-usaha yang akan dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia ini.

Usaha ini seharusnya di sambut baik oleh semua rakyat Malaysia, kerana dalam masyarakat madani pada zaman ini kita dapati ada rakyat yang sudah awal-awal lagi memperlekehkan apa-apa langkah dan sistem yang baik yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan ini kepada rakyat majmuk yang ada di Malaysia ini.Kita mesti menerima hakikat ini bahawa bukan semua kerajaan dalam sesebuah negara dapat memberi yang terbaik untuk kesejahteraan rakyatnya ditambah pula rakyatnya majmuk terdiri dari kalangan pelbagai kaum. Kerajaan Malaysia ini adalah satu contoh daripada Seribu Negara Dalam Dunia ini yang mampu mentadbir negara dimana rakyatnya dapat hidup bersatu padu, aman damai, saling faham memahami perbezaan budaya ,agama dan cara hidup dalam satu negara dan kemajuan negara berkembang dan meningkat mengikut peredaran zaman. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak kita mestilah menilai dengan bijak " Performance " Kerajaan Malaysia ini, berilah kredit dan kepercayaan serta sokongan kepada semua perkara yang baik yang ingin diberi oleh kerajaan Persekutuan ini kepada rakyat Malaysia.

Hakikat yang mesti diterima rakyat bahawa negara Malaysia mengamalkan Kerajaan berDemokrasi,maka ada Pakatan Parti Pembangkang yang terdiri dari Parti PKR/PAS dan DAP.Performance parti-parti ini boleh juga dinilai oleh rakyat Malaysia yang bijak kerana setiap Parti-parti Pembangkang ini mempunyai kuasa pemerintahan di 4 Negeri/Wilayah di negara Malaysia berdasarkan keputusan Pilihanraya yang lepas tahun 2008. Parti PAS menguasai pemerintahan di 2 Negeri iaitu Negeri Kedah dan Kelantan, manakala Parti DAP menguasai pemerintahan di Negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan dan Parti PKR menguasai Negeri Selangor.Rekod pentadbiran Negeri oleh Parti-parti ini boleh dinilai kerana sudah 2 tahun mentadbir negeri ,jika kita mulakan dari tarikh peralihan pentadbiran selepas Pilihanraya Umum Malaysia pada 8 Mac 2008.

Untuk tujuan ini, kita rakyat Malaysia kena sabar sedikit untuk menungggu masa dan ketika bagi melaksanakan tugasan RASMI sebagai penilai kepada semua Parti-parti yang ada di MALAYSIA ini.....kita tunggu dan lihat,boleh meramal tapi jadilah rakyat Malaysia yang Bijak apabila sampai masanya nanti!

Wednesday, January 6, 2010

TAHUN BARU 2010-DIMENSI BARU UNTUK KERAJAAN BN

TAHUN 2010 , bagi kalendar kaum Cina adalah tahun harimau. Sifat harimau suka bertarung ,bila bertarung tidak kira binatang atau manusia semua ada keinginan MAHU MENANG dan langkah seterusnya menjadi JUARA.

Barisan Nasional adalah Parti Perikatan UMNO,MCA ,MIC dan parti komponen lain dalam perikatan tersebutyang telah menjadi Kerajaan Malaysia sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga sekarang tahun 2010.

Hasil pengorbanan dan kemuafakatan parti-parti inilah yang telah membawa Malaysia sehingga ke tahap sekarang dalam semua segi pentadbiran,pendidikan,pembinaan dan kemajuan negara yang telah rakyat Malaysia kecapi bersama suka duka hidup di bumi Malaysia ini.
Masa silih berganti,pemimpin juga silih berganti dan senario lanskap politik Malaysia juga berubah mengikut zaman.Walaupun kenyataan Kerajaan BN telah lama menabur bakti kepada rakyat Malaysia dan telah lama menjuarai hati rakyat Malaysia,namun manusia mudah lupa jika jarang saling peringat memperingati sejarah lama bangsa dan negara terutamanya generasi muda hari ini yang membesar dalam ruang kehidupan yang begitu selesa.

Dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk yang berbilang bangsa ini, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 Dato Seri Najib Tun Razak telah mencetuskan gagasan konsep 1Malaysia sejak mengambil alih pentadbiran pada April 2009.Agenda "Rakyat Didahulukan ,Pencapaian diutamakn" menjadi tumpuan dalam pentadbiran beliau.

Pada tahun 2010 ini,BN yang diterajui oleh Dato Seri Najib mempunyai Dimensi Baru UNTUK MEMBELA RAKYAT.Program BN-JUARA RAKYAT akan dilancarkan 9 Januari ini. Kerajaan BN sedar bahawa aspek "JUARA RAKYAT" yang diharapkan rakyat pada zaman ini telah memasuki DIMENSI BARU iaitu penekanan terhadap aspek ketelusan dan integriti.Paling penting ,sejauh mana kerajaan dapat menyelami permasalahan sebenar yang dihadapi dalam kehidupan seharian masyarkat terutamanya masyarakat bawahan.

Hakikatnya,semangat Juara kepada rakyat ini sememangnya telah menjadi semangat TERAS PERJUANGAN dalam parti BN tetapi semangat itu tidak digilap sepanjang zaman ,maka semangat itu seolah semakin pudar kerana ia tidak dilaungkan serta disemarakkan kepada rakyat dan juga pemimpin dalam komponen BN itu sendiri.

PROGRAM JUARA RAKYAT ini bertujuan meletakkan semula UMNO dan parti komponen BN dibarisan hadapan dalam mendepani apa jua permasalahan rakyat.Maka SEMARAKKANlah API semangat JUARA RAKYAT ini tanpa henti oleh dalam semua parti komponen BN dan juga dalam hati dan minda rakyat Malaysia.

6 TERAS PROGRAM JUARA RAKYAT adalah seperti berikut:

1-MENJUARAI KEHIDUPAN RAKYAT
2-MENJUARAI PEMBELAAN RAKYAT
3-MENJADI JOHAN DALAM MEMBANGUN RAKYAT
4-DIBARISAN HADAPAN UNTUK RAKYAT
5-MENJADI JUARA DI HATI DAN MINDA RAKYAT
6-RAKYAT MENJADI JUARA DALAM PERJUANGAN BN

Keyakinan perlu ditanam di hati semua rakyat Malaysia bahawa Kerajaan BN adalah kerajaan satu dalam seribu didunia ini yang SEMEMANGNYA sedaya upaya perjuangannya adalah membela rakyat tanpa mengira kaum untuk membentuk menjadi bangsa yang maju dimasa hadapan -HIDUP 1MALAYSIA , HIDUP RAKYAT MALAYSIA!