Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU 9HB MEI : SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU

SALAM HARI IBU UNTUK SEMUA PARA IBU,

Sekadar renungan buat sang anak;
Wahai anak permata hati dan harapan ibu.....ibulah yang bersusah melahirkan  anak ke dunia,terpaksa melalui pelbagai kesulitan fizikal 9 bulan,pening-pening,muntah-muntah dan berjuang antara hidup dan mati untuk menghadirkan anak ke dunia  dan semua ini dianggap membahagiakannya.

Hakikat inilah , maka dinobatkan bahawa "SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU".Tidak cium bau syurga jika melukakan hati ibu dan tidak akan dapat keampunan Allah SWT jika belum mendapat keampunan ibu,malah redha Allah SWT ada dalam redha seorang ibu.

Q: Tidakkah anda berasa terhutang budi dan jasa yang tidak akan mampu anda balas dengan apa-apa pun selain kasih sayang sejati yang tidak berbelah bagi pada insan yang bernama ibu...IBU MITHALI ?

Q: Tidakkah anda berasa terhutang budi terhadap insan yang menyayangi dan mendidik anda sehingga dewasa dan membolehkan anda mencapai kejayaan seperti sekarang?

A: Sedarlah wahai anak bahawa Allah SWT menentukan apa yang anda semai itulah yang anda tuai....berkaitan cara anda memberi layanan kepada ibu bapa,jika perbuatan baik yang anda semai ,itulah yang anda akan tuai dan begitulah sebaliknya

Pernah dengar cerita @kata-kata ini? Beginilah hakikatnya luahan hati dan perasaan setiap insan yang bernama ibu mithali pada anaknya berbunyi :
" Aku melahirkan kamu,menyusu dan mengasuh kamu sejak bayi,memelihara kamu waktu muda remaja sehingga dewasa,jika kamu sakit pada malam hari,hatiku gundah dan gelisah,lantaran sakit dan deritamu,aku tak dapat tidur dan resah,bagai akulah yang sakit dan bukan kamu anakku yang menderita"

Dalam Surah Luqman, ayat 14 Allah berfirman bermaksud "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya;ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan sejak awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya dalam masa dua tahun;
Dengan demikian,bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua ibu bapamu;dan ingatlah,kepada Akulah juga tempat kamu akan kembali (untuk menerima balasan).

Pengertian syukur yang kita boleh fahami adalah mengucapkan terima kasih dan memperlakukan pemberian sesuai dengan fungsinya.Oleh itu,tanda terima kasih kita kepada  orang tua kita mesti dibuktikan  dengan tujuan mereka melahirkan kita untuk membimbing kita menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbuat baik kepada mereka.

Ada lima (5) sifat anak yang mesti dipupuk menurut ayat-ayat ini yakni ILMU, TAQWA(IMAN),BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA,TIDAK SOMBONG (TAWADDUK) dan TIDAK DERHAKA.Menjiwai dan mengamalkan kelima-lima sifat ini adalah lebih baik dan mustahak daripada segala perbuatan yang seorang anak ingin lakukan bagi merai kedua ibu bapa kita.Wallahu alam!

Sempena hari ibu ,marilah kita renungkanlah sejenak apa yang telah kita perlakukan kepada ibu kita....selagi ada kesempatan,Selagi hayat kita dan hayat ibu masih ada ,sayangilah ibu kita kerana Hakikat kehidupan KITA HANYA ADA SATU IBU, IAITU INSAN YANG MELAHIRKAN KITA.
Ayuh....Kita tekad untuk Jadi Anak  yang Soleh,yang mensyukuri pengorbanan ibu dan tidak juga dilupakan bapa kita.

PADA MAK  :  " Happy Mother's Day.......THANK YOU FOR EVERYTHING & I LOVE YOU SO MUCH  FOR ALL MY LIFE "

No comments: