Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU 9HB MEI : SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU

SALAM HARI IBU UNTUK SEMUA PARA IBU,

Sekadar renungan buat sang anak;
Wahai anak permata hati dan harapan ibu.....ibulah yang bersusah melahirkan  anak ke dunia,terpaksa melalui pelbagai kesulitan fizikal 9 bulan,pening-pening,muntah-muntah dan berjuang antara hidup dan mati untuk menghadirkan anak ke dunia  dan semua ini dianggap membahagiakannya.

Hakikat inilah , maka dinobatkan bahawa "SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU".Tidak cium bau syurga jika melukakan hati ibu dan tidak akan dapat keampunan Allah SWT jika belum mendapat keampunan ibu,malah redha Allah SWT ada dalam redha seorang ibu.

Q: Tidakkah anda berasa terhutang budi dan jasa yang tidak akan mampu anda balas dengan apa-apa pun selain kasih sayang sejati yang tidak berbelah bagi pada insan yang bernama ibu...IBU MITHALI ?

Q: Tidakkah anda berasa terhutang budi terhadap insan yang menyayangi dan mendidik anda sehingga dewasa dan membolehkan anda mencapai kejayaan seperti sekarang?

A: Sedarlah wahai anak bahawa Allah SWT menentukan apa yang anda semai itulah yang anda tuai....berkaitan cara anda memberi layanan kepada ibu bapa,jika perbuatan baik yang anda semai ,itulah yang anda akan tuai dan begitulah sebaliknya

Pernah dengar cerita @kata-kata ini? Beginilah hakikatnya luahan hati dan perasaan setiap insan yang bernama ibu mithali pada anaknya berbunyi :
" Aku melahirkan kamu,menyusu dan mengasuh kamu sejak bayi,memelihara kamu waktu muda remaja sehingga dewasa,jika kamu sakit pada malam hari,hatiku gundah dan gelisah,lantaran sakit dan deritamu,aku tak dapat tidur dan resah,bagai akulah yang sakit dan bukan kamu anakku yang menderita"

Dalam Surah Luqman, ayat 14 Allah berfirman bermaksud "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya;ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan sejak awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya dalam masa dua tahun;
Dengan demikian,bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua ibu bapamu;dan ingatlah,kepada Akulah juga tempat kamu akan kembali (untuk menerima balasan).

Pengertian syukur yang kita boleh fahami adalah mengucapkan terima kasih dan memperlakukan pemberian sesuai dengan fungsinya.Oleh itu,tanda terima kasih kita kepada  orang tua kita mesti dibuktikan  dengan tujuan mereka melahirkan kita untuk membimbing kita menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbuat baik kepada mereka.

Ada lima (5) sifat anak yang mesti dipupuk menurut ayat-ayat ini yakni ILMU, TAQWA(IMAN),BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA,TIDAK SOMBONG (TAWADDUK) dan TIDAK DERHAKA.Menjiwai dan mengamalkan kelima-lima sifat ini adalah lebih baik dan mustahak daripada segala perbuatan yang seorang anak ingin lakukan bagi merai kedua ibu bapa kita.Wallahu alam!

Sempena hari ibu ,marilah kita renungkanlah sejenak apa yang telah kita perlakukan kepada ibu kita....selagi ada kesempatan,Selagi hayat kita dan hayat ibu masih ada ,sayangilah ibu kita kerana Hakikat kehidupan KITA HANYA ADA SATU IBU, IAITU INSAN YANG MELAHIRKAN KITA.
Ayuh....Kita tekad untuk Jadi Anak  yang Soleh,yang mensyukuri pengorbanan ibu dan tidak juga dilupakan bapa kita.

PADA MAK  :  " Happy Mother's Day.......THANK YOU FOR EVERYTHING & I LOVE YOU SO MUCH  FOR ALL MY LIFE "

Tuesday, April 20, 2010

BILA DUGAAN DATANG MENGUSIK KEHIDUPAN....!

Dalam mengharungi kehidupan ini,manusia sentiasa di duga dengan pelbagai perihal hidup dalam segala segi - kesihatan,pendapatan@kewangan,kecantikan,kemiskinan,kemewahan,pendidikan,rumahtangga,anak cucu suami isteri saudara mara,kaum dan bangsa dan macam-macam lagi la....hampir habis air dilautan jika nak diperinci.

Seseorang insan itu pertamanya mesti redha dan  akur dengan ketentuan tuhan dengan dugaan yang diberi.Jangan gelabah atau mengambil langkah tanpa menggunakan akal fikiran,hanya menurut nafsu dan kata hati,jangan sekali.Apa yang perlu dilakukan ialah tarik nafas panjang dan berfikir macam mana untuk menghadapinya,jika diri tidak mampu mencari penyelesaian-jangan pendam masalah,minta tolong@ minta pandangan pihak luar yang boleh membantu....ini namanya,pakai talian hayat tetapi komunikasi permasalahan itu haruslah jujur dan terbuka untuk mendapat penyelesaian terbaik.SABAR DAN BERUSAHA....adalah kuncinya dalam mengharungi dugaan tersebut.Kata orang putih " TIME WILL HEAL ".Percayalah.....!

JIWA YANG TENANG DATANG DARI HATI YANG SUCI DAN BERSIH,CANTIK DI HATI

Wanita dan kecantikan................!
" Ada pandangan yang mengatakan kecantikan seorang wanita itu bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk badan yang ia tampilkan atau bagaimana dia menyisir rambutnya yang dikatakan mahkota perempuan tetapi kecantikan seseorang wanita itu harus dilihat dari raut wajah matanya kerana di situlah hatinya terserlah,di situlah juga tempat di mana cintanya ada."

Saturday, April 17, 2010

DEKATILAH ILMU.........

Dalam dunia ni,banyak ilmu yang boleh kita pelajari tetapi carilah ilmu yang boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain boleh mendapat manfaat hasil dari ilmu yang kita ada dalam diri untuk kebaikan bersama.

Orang Islam diwajibkan menuntut ilmu terutamanya ilmu agama. Setiap manusia dikatakan belum bahagia,kaya,hebat,popular dan pelbagai gelaran darjat jika belum mendapat kurniaan ilmu dan kefahaman agama dalam dirinya.Kalaupun mereka telah memiliki segala semuanya itu,boleh menjadi senjata yang memakan diri.Harta yang dimiliki kadang-kadang mendatangkan kerunsingan bukan kelazatan,takhta yang diduduki sentiasa menghantui, ada sesetengahnya miliki anak , isteri@suami yang bukan menjadi penyedap mata dan  penenang jiwa bahkan merosakkan dirinya kerana kurangnya ilmu yang ada dalam hati,tiada cahaya dan rahmat petunjuk dari Allah untuk menghadapi kehidupan dengan masalah yang pelbagai sebagai dugaan dari tuhan.

Rasullullah SAW mengingatkan kita tentang nikmat yang paling mahal bagi setiap insan mengalahkan nikmat kemewahan , kelazatan hidangan mahupun kepuasan nafsu seperti sabdanya yang bermaksud :" Barangsiapa yang Allah mengkehendaki suatu kebaikan pada dirinya,maka Dia memberi kefahaman dalam agamanya" (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ketenangan jiwa dan kebahgiaan hati itu adalah pemberian Allah kepada hambanya yang sentiasa berzikir dan mengingatinya.Bahagia boleh dibeli dengan duit tetapi duit tidak mampu dan cukup untuk membeli ketenangan dan ketenteraman jiwa manusia.

Dekatilah ilmu terutamanya ilmu agama dan orang yang berilmu dengan berusaha untuk mendapatkan ilmu tersebut.Untuk memperbaiki diri,setiap insan mesti berusaha carilah ilmu untuk mengenal penciptanya,memahami petunjuk dari tuhan,mengkaji perintah dan suruhannya dan mencari rahmat dan kasih sayang Maha Pencipta untuk kedamaian yang hakiki........

Wednesday, January 20, 2010

RAKYAT MALAYSIA - PENILAI YANG BIJAK

Mutakhir ini, kita rakyat Malaysia disajikan dengan macam-macam scenario politik yang berlaku dalam parti-parti politik di Malaysia- Parti Komponen Barisan Nasional (Parti UMNO , MCA, MIC dan lain-lain ) dan juga Parti Pakatan Pembangkang ( Parti PKR,PAS dan DAP).

Parti Komponen Barisan Nasional yang menjadi Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Dato Seri Najib dilihat berusaha dengan gigih untuk membina negara Malaysia yang bersatu padu dan cemerlang menurut konsep/gagasan 1Malaysia yang telah gariskan dalam pentadbiran beliau.Ini dapat dilihat oleh rakyat Malaysia sendiri dengan pelbagai inisiatif dan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam mentadbir negara dengan meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan. Sebagai manusia kita merancang,tuhan yang menentukan kejayaannya.Begitu juga kepada usaha-usaha yang akan dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia ini.

Usaha ini seharusnya di sambut baik oleh semua rakyat Malaysia, kerana dalam masyarakat madani pada zaman ini kita dapati ada rakyat yang sudah awal-awal lagi memperlekehkan apa-apa langkah dan sistem yang baik yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan ini kepada rakyat majmuk yang ada di Malaysia ini.Kita mesti menerima hakikat ini bahawa bukan semua kerajaan dalam sesebuah negara dapat memberi yang terbaik untuk kesejahteraan rakyatnya ditambah pula rakyatnya majmuk terdiri dari kalangan pelbagai kaum. Kerajaan Malaysia ini adalah satu contoh daripada Seribu Negara Dalam Dunia ini yang mampu mentadbir negara dimana rakyatnya dapat hidup bersatu padu, aman damai, saling faham memahami perbezaan budaya ,agama dan cara hidup dalam satu negara dan kemajuan negara berkembang dan meningkat mengikut peredaran zaman. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak kita mestilah menilai dengan bijak " Performance " Kerajaan Malaysia ini, berilah kredit dan kepercayaan serta sokongan kepada semua perkara yang baik yang ingin diberi oleh kerajaan Persekutuan ini kepada rakyat Malaysia.

Hakikat yang mesti diterima rakyat bahawa negara Malaysia mengamalkan Kerajaan berDemokrasi,maka ada Pakatan Parti Pembangkang yang terdiri dari Parti PKR/PAS dan DAP.Performance parti-parti ini boleh juga dinilai oleh rakyat Malaysia yang bijak kerana setiap Parti-parti Pembangkang ini mempunyai kuasa pemerintahan di 4 Negeri/Wilayah di negara Malaysia berdasarkan keputusan Pilihanraya yang lepas tahun 2008. Parti PAS menguasai pemerintahan di 2 Negeri iaitu Negeri Kedah dan Kelantan, manakala Parti DAP menguasai pemerintahan di Negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan dan Parti PKR menguasai Negeri Selangor.Rekod pentadbiran Negeri oleh Parti-parti ini boleh dinilai kerana sudah 2 tahun mentadbir negeri ,jika kita mulakan dari tarikh peralihan pentadbiran selepas Pilihanraya Umum Malaysia pada 8 Mac 2008.

Untuk tujuan ini, kita rakyat Malaysia kena sabar sedikit untuk menungggu masa dan ketika bagi melaksanakan tugasan RASMI sebagai penilai kepada semua Parti-parti yang ada di MALAYSIA ini.....kita tunggu dan lihat,boleh meramal tapi jadilah rakyat Malaysia yang Bijak apabila sampai masanya nanti!

Wednesday, January 6, 2010

TAHUN BARU 2010-DIMENSI BARU UNTUK KERAJAAN BN

TAHUN 2010 , bagi kalendar kaum Cina adalah tahun harimau. Sifat harimau suka bertarung ,bila bertarung tidak kira binatang atau manusia semua ada keinginan MAHU MENANG dan langkah seterusnya menjadi JUARA.

Barisan Nasional adalah Parti Perikatan UMNO,MCA ,MIC dan parti komponen lain dalam perikatan tersebutyang telah menjadi Kerajaan Malaysia sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga sekarang tahun 2010.

Hasil pengorbanan dan kemuafakatan parti-parti inilah yang telah membawa Malaysia sehingga ke tahap sekarang dalam semua segi pentadbiran,pendidikan,pembinaan dan kemajuan negara yang telah rakyat Malaysia kecapi bersama suka duka hidup di bumi Malaysia ini.
Masa silih berganti,pemimpin juga silih berganti dan senario lanskap politik Malaysia juga berubah mengikut zaman.Walaupun kenyataan Kerajaan BN telah lama menabur bakti kepada rakyat Malaysia dan telah lama menjuarai hati rakyat Malaysia,namun manusia mudah lupa jika jarang saling peringat memperingati sejarah lama bangsa dan negara terutamanya generasi muda hari ini yang membesar dalam ruang kehidupan yang begitu selesa.

Dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk yang berbilang bangsa ini, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 Dato Seri Najib Tun Razak telah mencetuskan gagasan konsep 1Malaysia sejak mengambil alih pentadbiran pada April 2009.Agenda "Rakyat Didahulukan ,Pencapaian diutamakn" menjadi tumpuan dalam pentadbiran beliau.

Pada tahun 2010 ini,BN yang diterajui oleh Dato Seri Najib mempunyai Dimensi Baru UNTUK MEMBELA RAKYAT.Program BN-JUARA RAKYAT akan dilancarkan 9 Januari ini. Kerajaan BN sedar bahawa aspek "JUARA RAKYAT" yang diharapkan rakyat pada zaman ini telah memasuki DIMENSI BARU iaitu penekanan terhadap aspek ketelusan dan integriti.Paling penting ,sejauh mana kerajaan dapat menyelami permasalahan sebenar yang dihadapi dalam kehidupan seharian masyarkat terutamanya masyarakat bawahan.

Hakikatnya,semangat Juara kepada rakyat ini sememangnya telah menjadi semangat TERAS PERJUANGAN dalam parti BN tetapi semangat itu tidak digilap sepanjang zaman ,maka semangat itu seolah semakin pudar kerana ia tidak dilaungkan serta disemarakkan kepada rakyat dan juga pemimpin dalam komponen BN itu sendiri.

PROGRAM JUARA RAKYAT ini bertujuan meletakkan semula UMNO dan parti komponen BN dibarisan hadapan dalam mendepani apa jua permasalahan rakyat.Maka SEMARAKKANlah API semangat JUARA RAKYAT ini tanpa henti oleh dalam semua parti komponen BN dan juga dalam hati dan minda rakyat Malaysia.

6 TERAS PROGRAM JUARA RAKYAT adalah seperti berikut:

1-MENJUARAI KEHIDUPAN RAKYAT
2-MENJUARAI PEMBELAAN RAKYAT
3-MENJADI JOHAN DALAM MEMBANGUN RAKYAT
4-DIBARISAN HADAPAN UNTUK RAKYAT
5-MENJADI JUARA DI HATI DAN MINDA RAKYAT
6-RAKYAT MENJADI JUARA DALAM PERJUANGAN BN

Keyakinan perlu ditanam di hati semua rakyat Malaysia bahawa Kerajaan BN adalah kerajaan satu dalam seribu didunia ini yang SEMEMANGNYA sedaya upaya perjuangannya adalah membela rakyat tanpa mengira kaum untuk membentuk menjadi bangsa yang maju dimasa hadapan -HIDUP 1MALAYSIA , HIDUP RAKYAT MALAYSIA!

Thursday, October 15, 2009

UMNO - 4 RUKUN KESATUAN ( BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH )

SALAM SEJAHTERA SALAM 1MALAYSIA UNTUK SEMUA,

Hari ini , 15 OKTOBER 2009 Saya terpanggil untuk mengucapkan Tahniah di atas kepimpinan Presiden UMNO -DATO SERI NAJIB ,yang juga Perdana Menteri Malaysia Yang ke-6 kerana KEBERANIAN nya untuk melakukan transformasi dalam UMNO dan pindaan dalam perlembagaan UMNO dalam tahun pertama kepimpinan beliau sebagai nakhoda kapal yang mengemudi Parti UMNO,parti keramat kaum Melayu yang juga parti yang menerajui kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional,Kerajaan Negara Malaysia.

Perubahan dan transformasi pemimpin dan ahli umno perlu dilakukan segera sesuai dengan kehendak politik semasa di Malaysia.Parti UMNO boleh menerima hakikat bahawa lanskap politik negara serta nilai dan budaya masyarakat Melayu sudah berubah, malah pemikiran baru berhubung demokrasi perlu digarap bagi merangkumi KONSEP PENGHAKUPAYAAN , POLITIK PENYERTAAN DAN TADBIR URUS NEGARA YANG BAIK. Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin adalah pembantu yang terbaik kepada seorang Nakhoda kapal yang hebat, Dato Seri Najib dalam mengemudi Parti Keramat Orang Melayu. Beliau menggariskan 4 rukun dalam usaha menrealisasikan transformasi UMNO untuk dihayati ahli parti ke arah menjadikan Parti UMNO lebih kental,kukuh,segar dan terus relevan dengan keadaan semasa bagi mewakili Kaum Melayu, Bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Empat rukun itu ialah 1) KESATUAN MINDA 2) KESATUAN HATI 3) KESATUAN AMAL dan 4) KESATUAN MATLAMAT.Penjelasannya ialah dengan terbinanya kesatuan minda, Parti UMNO akan mempunyai visi perjuangan parti yang jelas,manakala kesatuan hati membolehkan ahli-ahli Parti UMNO menjiwai erti perjuangan parti UMNO. Kesatuan Amal pula menjadikan semua ahli parti bergerak dan bertindak atas SATU LANDASAN dan SATU PASUKAN, manakala Kesatuan Matlamat membolehkan Pemimpin dan Ahli-ahli UMNO mencapai tujuan perjuangan parti demi agama Islam ,bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan terpahat dalam sejarah politik Malaysia sebagai Perhimpunan Transformasi di mana perubahan akan berlaku bukan hanya dalam peraturan dan undang-undang dalam Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) tetapi juga akan melibatkan perubahan dalam kompas politik UMNO.Dalam menggalas perubahan ini ia melibatkan transformasi sikap semua pemimpin UMNO dan juga ahli-ahli UMNO secara keseluruhannya, ia menuntut pemimpin UMNO untuk meningkatkan prestasi kepimpinan yang terbaik untuk memenangi hati ahli-ahli UMNO dan rakyat amnya manakala ia memberi cabaran kepada Ahli-ahli UMNO dalam hak memilih kepimpinan UMNO.

" Tidak Akan Melayu Hilang Di Dunia, maka begitu juga Parti UMNO, Tidak Akan UMNO Hilang Di Dunia "

Semoga semangat Pemimpin dan Ahli-ahli UMNO dulu kini dan selamanya akan tetap membara menuju ke puncak kegemilangan dalam perjuangan parti demi Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia yang dicintai................ Amin.!

Wednesday, July 15, 2009

PENDAPAT ISU SEMASA- PENDIDIKAN ,MALAYSIA

Komen terhadap PEMANSUHAN DASAR PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Faktanya-PENDIDIKAN ADALAH SATU PROSES BERTERUSAN. Kerajaan Malaysia telah melakukan banyak dasar pendidikan negara bertujuan untuk tingkatkan tambahan nilai (kualiti) pada sistem pendidikan di Malaysia,pembaharuan demi pembaharuan,transformasi demi transformasi,pembaikan demi pembaikan berasaskan tuntutan semasa akan menjadi agenda kerajaan.

Pemansuhan PPSMI muktamad dan tindakan itu sangat realistik kepada rakyat Malaysia .Keputusan Kementerian Pelajaran itu adalah bertepatan dengan usaha kerajaan BN untuk mengukuhkan perpaduan nasional sejajar dengan konsep 1Malaysia .Ia menterjemahkan komitmen kerajaan BN dengan mendengar suara dan pandangan rakyat.Sebenarnya inilah yang dikatakan " RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. "

Kementerian Pelajaran menggantikan dasar itu dengan DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU (MBM) DAN MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS (MBI).Soal pendidikan juga memerlukan political wheel seperti PPSMI.Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan berdasarkan political wheel leadership dan bukan kerana keputusan politik sebagai contoh bilangan subjek SPM hanya cukup 10subjek dan wajib lulus Bahasa Inggeris.

Kerajaan BN telah menjalankan dasar untuk meningkatkan martabat pendidikan negara dan usaha murni ini perlu disambut baik oleh seluruh rakyat, ia juga dapat memperkasa orang Islam/Melayu dalam menguasai dan memartabatkan bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.

Sebelum ini, dasar PPSMI telah dimanupulasikan oleh parti-parti Pembangkang diMalaysia seolah menjadikan alasan PPSMI sebagai faktor utama "MEMBUNUH" Bahasa Melayu dan mengaitkan kedudukan Bahasa Melayu/Bahasa Kebangsaan telah direndahkan martabatnya kerana penggunaan Bahasa Inggeris dalam HANYA subjek SAINS DAN MATEMATIK sahaja.Soalnya " MAMPUKAH BAHASA MELAYU DIANGKAT MARTABATNYA HANYA DENGAN MENGEMBALIKAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA MELAYU ? "

Sebenarnya, Bahasa Melayu akan diangkat MARTABATNYA jika rakyat Malaysia menghargai nilai dan peranan bahasa ini sebagaimana orang Jepun dan orang Perancis mengagungkan bahasa ibunda mereka. Paling penting apabila rakyat negara ini tanpa mengira bangsa tidak berasa malu bertutur dalam bahasa Melayu dan menjadikannya bahasa untuk semua urusan.

Tuesday, July 14, 2009

PENDAPAT ISU SEMASA-MALAYSIA.

14.07.2009 KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL DUN MANEK URAI,KELANTAN

SYABAS BN atas kemenangan MORAL yang besar dan amat memberansangkan dalam saingan sengit dengan PAS,mereka menang tipis dan TAHNIAH pada penduduk Manek Urai yang telah menang bersuara,keyakinan telah ditunjukkan kepada kerajaan BN dibawah pimpinan Dato Sri Najib.KONKLUSI DAN INDIKASI KEPUTUSAN PILIHANRAYA INI SEMAKIN KUAT-Protes Pengundi Melayu kepada kerajaan PAS. Angin perubahan telah dimulakan di MANEK URAI, Syabas penduduk Manek Urai.Semoga angin itu akan terus menghembus di seluruh Kawasan Kelantan,Pulau Pinang dan Selangor.....sokonglah perubahan kepada "RAKYAT DIDAHULUKAN ,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ", semoga segala usaha murni kerajaan BN mendapat sambutan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Saturday, June 13, 2009

SEGMEN MOTIVASI DIRI

SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA PEMBACA

Dalam melayari kehidupan insani sebagai muslim, ada persoalan kehidupan yang ingin dibangkitkan disini iaitu ADAKAH DIRI ANDA BERASA TAKUT DENGAN MANUSIA LAIN YANG KEHIDUPANNYA JUGA TERTAKLUK DIBAWAH GENGGAMAN KUASA ALLAH SWT?

Orang Islam percaya bahawa bahawa Allah SWT yang mengendalikan segala-gala kehidupan kita mengikut ketentuanNya. Allah berfirman dengan jelas " MAKA JANGANLAH KAMU TAKUT KEPADA MEREKA(makhluk ciptaan tuhan),TETAPI TAKUTLAH KEPADA AKU JIKA KAMU BENAR-BENAR ORANG YANG BERIMAN"(QS,Ali Imran ayat 175)

Dalam menangani masalah kehidupan yang pelbagai, orang islam perlu yakin bahawa diri sendiri perlu memulakan langkah,bertindak dan berusaha untuk meminimakan dan yang terbaik keluar dari masalah yang dihadapi, kerana Allah SWT telah berfirman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang/kaum melainkan beliau sendiri/kaum itu yang mengubah nasibnya sendiri.

Sebagai contoh SIKAP YANG INGIN DIKETENGAH DISINI ialah sikap yang dipakai ole IBNU TAIMIYYAH.Beliau berkata " Jika masalah yang saya hadapi mengalami kebuntuan, maka saya akan beristighfar kepada Allah SWT sebanyak 1,000 kali dengan harapan doa dan berkeyakinan bahawa Allah SWT akan membuka jalan keluar terhadap permasalahan kehidupan yang dihadapi.Sikap ini dipakai oleh beliau kerana berpegang bahawa permasalahan yang dihadapi ada berpunca daripada diri sendiri ,maka pegangan kpd Allah SWT " Mohonlah ampunan kepada RABBmu,sesungguhnya Dia Maha Pengampun" (QS Nuh:Ayat 10)
Moral kepada sikap ini ialah Orang Islam perlu yakin dengan berusaha dan bertindak serta banyak beristighfar, akan menjadi pembuka kepada penyelesaian pelbagai permasalahan hidup yang dihadapi.

Secara amnya,mereka yang cemerlang akan menjadikan orang lain bergantung kepadanya,bukan dirinya bergantung kepada orang lain.

Ini bermakna jika anda sudah kenalpasti apa yang patut dilakukan bagi memperbaiki kehidupan dengan permasalahan yang dihadapi, maka anda yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk mengubahnya.Yakinilah bahawa tiada orang yang akan membantu dan orang yang mahu selamat tidak akan mengharap orang lain datang menyelamatkannya,melainkan diia akan berusaha sendiri mengambil keputusan berdasarkan keyakinan dan matlamat sendiri tanpa mempedulikan apa orang luar katakan terhadap tindakan yang diyakini wajar diambil olehnya.

Akhir kata, KUKUHKAN TANGANMU BERPEGANG PADA TALI ALLAH SWT kerana ia adalah tali yang paling kukuh dari semua tali yang ada di dunia ini.Allah SWT Maha pemurah lagi Maha Penyayang, maka beriman ,berserah dan bertawakkal segala urusan kehidupanmu pada Allah SWT.Dialah yang menghidup,yang mematikan dan yang memberi rezeki kepada setiap makhluk ciptaanNya didunia ini.

MAKA PERSOALAN KEPADA MENGAPA ANDA HARUS TAKUT KEPADA SESAMA MANUSIA UNTUK BERTINDAK DEMI KEBAIKAN DIRI SENDIRI ,DENGAN TIDAK MENGGANTUNGKAN DAN BERSANDAR HIDUP KEPADA ORANG LAIN ATAU MENGHARAP SIMPATI DAN BANTUAN ORANG UNTUK MENGUBAH PERMASALAH HIDUP KITA- JAWAPANNYA IALAH APA SEMUA YANG KITA MAHUKAN,HANYA KITA YANG BERHAK MENGUSAHAKANNYA.

OLEH YANG DEMIKIAN,MARILAH KITA SEMUA UMAT ISLAM MENUJU KEJAYAAN. BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.ALLAHU AKHBAR !

Tuesday, June 9, 2009

SEGMEN BISIK-BISIK PENDAPAT

MELAYU TONGGAK KE ARAH 1MALAYSIA

Konsep 1MALAYSIA adalah cetusan idea PM Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak dan orang Melayu merupakan golongan majoriti di Malaysia selain kaum Cina dan India.Namun begitu,pendapatan per kapita kaum Melayu adalah yang lebih rendah daripada kaum Cina dan India.

Dalam senario landskap politik Malaysia kebelakangan ini didapati kedengaran pelbagai desakan dan tuntutan yang keterlaluan daripada golongan bukan Melayu yang menangguk dari Konsep 1Malaysia ini dengan cuba memperjuangkan ungkapan "HAK SAMA RATA" yang cuba diurai dalam konsep tersebut terutamanya melibatkan kepentingan dan keistimewaaan KAUM MELAYU dalam bidang pendidikan dan ekonomi yang cuba dibandingkan isu bangsa bukan Melayu.

Definasi "HAK SAMA RATA" ini cuba diterjemahkan oleh segelintir golongan tertentu yang berkepentingan politik SEBAGAI HAK YANG ADIL UNTUK SEMUA KAUM DI MALAYSIA.

Dalam kontek negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk,HAK SAMA RATA dalam Konsep 1MALAYSIA tidak semestinya ditafsir sebagai HAK YANG BENAR-BENAR ADIL UNTUK SEMUA KAUM kerana Tanah Malaysia mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Realiti di Malaysia memerlukan semua kaum berpijak di bumi nyata berpaksikan sejarah MALAYSIA dan tidak perlulah mana-mana individu menyentuh sama sekali perkara berkaitan dengan sensitiviti dan keistimewaan orang melayu ,golongan majoriti di MALAYSIA ini.

Dalam konteks kedudukan orang Melayu,pada masa ini pun kaum Melayu masih jauh terbelakang dari sudut ekonomi dan pendidikan berbanding kaum bukan melayu. Jika HAK YANG ADIL BERMAKSUD MELETAKKAN SESUATU PERKARA PADA KEDUDUKAN YANG SEPATUTNYA , maka adalah WAJAR kaum Melayu dibantu pada kedudukan yang sepatutnya dari sudut ekonomi dan pendidikan tanpa meminggirkan serta menafikan hak-hak ang adil untuk kaum bukan melayu.

INI PERLU DISOKONG oleh kaum bukan melayu kerana mereka tidak boleh menafikan bahawa kestabilan politik dan ekonomi Malaysia sebenarnya banyak didukung dan disumbang oleh ORANG MELAYU.Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal kerajaan untuk membantu kaum melayu walaupun masih gagal memperolehi 30peratus ekuiti,tempiasnya juga banyak memberi kebaikan dan rahmat kepada orang bukan melayu.faktanya 10 orang terkaya di Malaysia ,hanya satu(1) sahaja ORANG MELAYU.

Kaum Melayu perlu maju dan berada pada kedudukan yang lebih kukuh dalam 2 bidang ini bagi menrealisasi konsep 1MALAYSIA yang digagaskan oleh PM Malaysia ini dengan agenda dan perancangan yang lebih tersusun dan realistik.Semua pemimpin melayu tidak kira apa pun fahaman politik seharusnya bersatu hati,bekerjasama dan bersama-sama dalam merangka agenda kaum melayu.

JIKA ORANG MELAYU BERSATU HATI BERSATU PADU ,ORANG BUKAN MELAYU AKAN MENCONTOHI.KONSEP IMALAYSIA WAJIB DIGARAP BAGI MENYATUPADUKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA TIDAK KIRA BANGSA DALAM MENJAYAKAN IMALAYSIA DAN INI DIMULAI OLEH ORANG MELAYU.KESTABILAN DAN KEMAKMURAN MALAYSIA BANYAK BERGANTUNG PADA KEKUATAN BANGSA MELAYU.


-pendapat ini menyokong dan mengetengahkan pendapat Rohami Shafie,Pensyarah UUM Utusan Malaysia 8.6.09.SYABAS.

Thursday, June 4, 2009

FAVOURITE QUOTES ...VERSES FROM A FAMOUS INDIVIDUALS.!

INFINITY
Learn your yesterday,life for today and hope for tomorrow- Albert Einstein

DESTINY
Whatever you do, on dream about,being it - Johann Wolfgang Von Goethe

IMAGINATION
Do not quench your inspiration and your imagination - Vincent Van Gogh

PERFECTION
Perfection is achieved,not when there is nothing more to add
but when these is nothing left to take away- Autoine de Saint Exupery

EXPERIENCE
Experience is not what happens to you.It is what to do with what happens to you.- Aldous Huxley

GREATNESS
Only those who done to fail greatly can even achieve greatly- Robert Kennedy

Tuesday, August 5, 2008

POINTS TO PONDER



" Aku TERPAKSA melalui dunia ini hanya sekali,dunia ini tidak akan dilalui 2 kali . Oleh itu apa yang dapat dilakukan yakni apa jua belas kasihan dan simpati yang boleh diberikan kepada insan dan makhluk lain yang bernyawa biarlah.......dilakukan sekarang kerana masa dunia ini tidak lagi akan aku lalui LAGI apabila aku kembali kepadaNya...."

BY INVITATION ONLY

FREE TOUR FOR FREE INFO...............

http://www.apsense.com/invite/myhsan